Thursday, April 2, 2015

GADIS RASA SERONOK BILA MENGURAT 5 MAT REMPIT SEKALI GUS... benarkah ???


Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia. 

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu. 

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan. 

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram. 

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit. 

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit. 

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa diadirogol datuk sendiri. 

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing. 

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya. 

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai. 

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya. 

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks. 

Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri. 

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya. 

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan. Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu. 

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu. 

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya. 

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula. “Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya. 

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini. “Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. 

Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua,” katanya.-HM 

Jangan Sia-siakan Amanah Allah 

ANAK ialah amanah ALLAH SWT. ALLAH mengamanahkan kita mengasuh, menjaga dan mendidik cahaya mata dengan sebaiknya. Dia ingin melihat anak itu membesar menjadi hamba-Nya yang soleh dan khalifah-Nya yang berbakti di muka bumi. 

Sungguh besar amanah itu. Sungguh mulia sekali. Jika anak tidak membesar menjadi anak soleh, maka ibu bapanya telah mensia-siakan amanah ALLAH. Itulah ibu bapa derhaka! 

Apa kita gelarkan kepada seseorang yang raja memerintahkan satu kerja kepadanya, tetapi dia tidak laksanakan? Apa lagi kalau tidak orang yang derhaka! Silap hari bulan, raja murka, dipancungnya kepala. Sedangkan ALLAH itu “Raja segala Raja”. 

Setiap arahan Raja perlu dituruti!. 

Acap kali kita mendengar mengenai balasan anak yang derhaka kepada orang tuanya ketepikan dahulu perkara itu, Rehal kali ini berkongsi kepada pembaca siapakah mereka yang boleh digelar ibu bapa derhaka. 


Versi bapaku Sazali 

Pendakwah Bebas, Muhammad Luqman Makhtar berkata, ibu bapa derhaka versi ‘bapa Sazali’ ialah ibu bapa yang menunaikan tanggungjawab sebagai penjaga sahaja, tetapi mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik kepada anak-anak. Manakala ibu bapa derhaka ‘pentingkan diri sendiri’ pula lebih teruk. Sudahlah tanggungjawab pendidik tidak ditunaikan, tanggungjawab sebagai penjaga pun diabaikan!. 

“Menjaga, membesarkan dan mendidik, itulah cabang tugasan utama individu bergelar ibu bapa. Andai salah satu sahaja tidak ditunaikan, maka itulah yang dimaksudkan dengan ibu bapa derhaka. 

“Mungkin ada yang terlintas di fikiran, adakah wujud watak bapa mithali dalam filem P Ramlee. Tentu sekali ada. Ambil contoh watak pendekar Mustar Kampung Pinang Sebatang. Melalui watak tersebut, Allahyarham cuba membaiki tanggapan masyarakat tentang watak bapa. Biarpun sebagai seorang pendekar atau ayah yang biasanya berperwatakan autokratik, namun ia tidak menjadi halangan untuk menzahirkan sifat penyayang. Pendekar Mustar pun boleh menyiram pokok,” jelas anak kelahiran Kelantan ini. 

Menurutnya, menjadi ibu bapa bukan sekadar bertindak sebagai penjaga. Ramai orang mengambil mudah mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa. Ada yang menganggap asal sahaja sudah bagi makan minum, pakaian dan tempat tidur, itu sudah cukup. Renungkanlah, ALLAH hendak melihat anak itu bukan setakat dibesarkan, bahkan diasuh sehingga menjadi hamba dan khalifah-Nya yang soleh. 

Menjadi ibu bapa yang mendidik, juga sekadar bermakna mencurahkan kasih sayang secara membuta. Apa sahaja yang anak pinta disediakan. Hendak memarahi anak pun enggan, apatah lagi hendak digantung rotan di dinding rumah. 

Sedangkan ALLAH merahmati rumah yang digantungkan rotan di dindingnya. Jangan salah faham. Islam bukannya menggalakkan penderaan. Rotan ialah simbolik kepada unsur pelengkap dalam pendidikan yang sempurna iaitu ketegasan. Ini kerana pendidikan yang sempurna menggabungkan secara harmoni elemen reward dan punishment, menyayangi, memarahi, memujuk dan menegur. 

Sayang anak berpada-pada 

Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya ada menyebut: “Sesungguhnya anak boleh menjadi penyebab kebakhilan dan kebaculan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Muhammad Luqman berpendapat, ibu bapa yang prihatin terhadap anaknya adalah mereka yang menuturkan ucapan terima kasih kepada mana-mana individu yang menegur perbuatan tidak elok si anak dan bukan bersikap negatif dengan memaki hamun si penegur itu. 

“Junjungan besar, Rasulullah mengingatkan kita agar tidak terlalu terpesona dengan anak-anak. Dek kasih sayang melampau terhadap anak-anak, kita boleh menjadi kedekut dan pengecut. 

“Kita akan kedekut harta dan masa untuk menderma kepada orang lain dan juga agama. Segala harta hendak disimpan untuk anak-anak sahaja. Kita akan jadi pengecut sehingga enggan berjihad di jalan ALLAH,” ulas bekas pensyarah, Kolej Komuniti Selayang, Kementerian Pengajian Tinggi. 

Beliau berkata, jika benar ibu bapa itu sayangkan anak, muliakanlah mereka. Memuliakan mereka bukanlah dengan melayan mereka macam anak raja. Memuliakan mereka ialah dengan mendidik mereka sehingga menjadi seorang yang berakhlak mulia. 

Bila anak kita ada budi pekerti, maka di mana-mana sahaja dia akan dihormati dan disayangi. 

Tidak lengkap pendidikan anak-anak tanpa pendidikan agama. Sehebat mana sekalipun pendidikan akademik dan moral yang diberikan kepada si anak, ia belum sempurna. Berapa ramai orang yang berkelulusan tinggi tetapi sanggup menghantar ibu bapanya ke rumah rumah tua? Dan, bukan pendidikan agama itu setakat pengetahuan tentang agama. Pendidikan agama yang sebenar ialah tentang menyuburkan jiwa dan fikiran anak-anak dengan unsur cintakan ALLAH dan Rasul-Nya. Rasulullah pernah berpesan, “Muliakanlah anak-anak kamu. Perelokkanlah adab mereka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

Ibu bapa derhaka besar dosanya 

Balasan anak derhaka disegerakan di dunia. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya ALLAH akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia.” (Hadis Riwayat Hakim) 

Muhammad Luqman menegaskan agar tidak ada yang salah faham dengan hadis di atas kerana tidak semestinya dosa yang ditangguhkan azabnya sehingga hari kiamat itu lebih ringan daripada dosa yang ALLAH segerakan. Bahkan azab di akhirat itu lebih berat ditanggung. Justeru, generasi Islam dahulu sentiasa berdoa agar disegerakan balasan atas dosanya sekiranya ada di dunia lagi. 

“Dan, tidak semestinya satu dosa yang tidak disebut jenis azabnya, ia ialah ringan. Asal sahaja nama dosa, tiada yang ringan. Dosa akan bertukar azab sengsara di akhirat kelak. 

Baginda bersabda: “Cukuplah seseorang itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud) 

“Hakikatnya ibu bapa derhaka dosanya besar!. Buktinya Nabi tidak mengaku umat! Kenyataan tegas “bukan daripada kami” ini bukannya hal remeh. Hanya beberapa dosa sahaja yang Nabi gunakan kenyataan ini. Antaranya dosa membuat bid’ah, dosa mengampu penguasa zalim, dan dosa memperdayakan orang ramai. Orang yang Nabi tidak mengaku umat tidak akan selamat di akhirat. Sekalipun dia bersolat tidak tinggal, puasa tidak pernah ponteng dan naik haji berkali-kali,” katanya lagi. 

Terdapat sebuah kisah yang wajar dijadikan teladan kepada ibu bapa dan anak. Pada suatu hari datanglah seorang lelaki menemui Khalifah Umar al-Khattab, dia mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu lalu memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. 

Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” 

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapa ku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun daripada al-Quran.” 

Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” – Wallahuaqlam.

‘Ibu’ Berusia 21 Tahun Viral Di Laman Sosial (12 Gambar)


Seorang wanita muda yang baru berusia 21 tahun menjadi topik hangat pengguna di laman sosial apabila memuat naik gambar sedang menyusu bayi ke peribadi miliknya.
Ramai yang terkejut kerana selain mempunyai wajah yang menawan dan dalam usia sebegitu sudah bergelar seorang ibu.
Vicky Chen yang berasal dari Taiwan mempunya 230,000+ jumlah pengikut dan sering mendapat banyak likes apabila dia memuat naik status ataupun berkongsi gambarnya yang agak mencolok mata.
Walaubagaimanapun, Vicky menjelaskan bahawa bayi itu bukanlah anaknya sebaliknya hanya menjadi penjaga kepada bayi tersebut.








Wednesday, April 1, 2015

KESIAN !!! GADIS DIROGOL KEJAM OLEH TEMAN LELAKINYA SEWAKTU MANDI ( 2 GAMBAR )

 GAMBAR HIASAN

KUALA KUBU BHARU - Pendarahan banyak pada kemaluan membongkar perbuatan sumbang seorang remaja berusia 16 tahun yang mengakui disetubuhi teman lelakinya. Ibu remaja terbabit yang mengetahui perkara itu telah membuat laporan polis sehingga membawa kepada tangkapan teman lelaki anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, perkara itu hanya disedari ibu remaja terbabit selepas dua hari hubungan sulit dilakukan. Menurut fakta kes, mangsa (remaja wanita) diajak oleh suspek (lelaki) terbabit untuk melakukan hubungan seks di kawasan Air Terjun Sungai Balak, Jalan Genting - Batang Kali dekat sini pada 24 Jun lalu.

“Pengadu datang bersama dua sepupu dan tiga rakannya ke kawasan air terjun itu untuk mandi. Tetapi suspek berusia 22 tahun telah mengajak mangsa ke kawasan jauh sedikit daripada tempat mandi mereka. “Suspek kemudian telah memujuk dan memaksa mangsa untuk melakukan hubungan seks tapi mangsa tak nak dan menghalangnya, namun mangsa dikatakan tidak berdaya melawan dan suspek terus rogol mangsa,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurut beliau, selepas kejadian itu mangsa balik ke rumah tanpa memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu. Jelasnya, hanya dua hari kemudian mangsa mengalami pendarahan yang banyak pada kemaluan sehingga diketahui ibunya dan mangsa menceritakan perkara sebenar. Norel berkata, bertindak atas makluman mangsa, polis berjaya menangkap suspek di rumahnya di Kampung Kuantan, Batang Kali. “Suspek mengaku melakukan hubungan itu dengan remaja wanita itu dan ia dilakukan pertama kali,” katanya.



Beliau berkata, mangsa kini ditahan di Hospital Selayang kerana mengalami kesan koyak pada kemaluan. Norel Azmi memberitahu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

GEMPAKKK !!! WANITA HANGAT BANGGA KERANA BERJAYA GODA SUAMI ORANG ( 3 GAMBAR )



Seorang wanita memuat naik status yang kami anggap agak 'meloyakan' kerana wanita itu bangga dengan perbuatannya yang telah meruntuhkan rumahtangga wanita lain.

"Sedihnya Abang Aswad balik KB sudah. Rasa bahagia sangat selama seminggu menghabiskan masa dengan dia.

"Sekarang dia sudah menjadi milik aku sepenuhnya sebab dia dah ceraikan isteri dia dengan talak satu.

"Akhirnya aku menang. Perempuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik," katanya pada status yang dimuat naik pada 10 Mac 2015 lalu.

Caption gambar yang dimuat naik oleh Que itu mengundang kritikan orang ramai yang mengelarnya perampas suami orang. Que pada hari yang sama juga turut memuat naik status yang lain;

"Salahkah aku mencintai suami orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan aku," katanya.

Perkahwinan bekas isteri, Siti dan lelaki yang bernama Aswad itu telah terjalin selama 13 tahun dikurniakan seorang anak perempuan, hancur begitu sahaja kerana kehadiran orang ketiga.

Siti, hanya mampu membiarkan bekas suaminya berlalu pergi.



"Aku tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu seperti 13 tahun yang lalu. Pada kamu Sikin, aku tak berdendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan kamu dapat berfikir,"

Entah apa yang dibanggakan sangat dapat suami orang. Alangkah ruginya si suami meninggalkan bekas isterinya yang ternyat#a lebih baik dari yang kedua ini.

Tuesday, March 31, 2015

Lelaki Ini Tahu Isterinya Curang Dalam Diam. Dia Buat Kejutan Harijadi Yang Isterinya Tak Akan Lupa Selamanya

Heboh di laman sosial mengenai kisah seorang lelaki memberi kejutan kepada isterinya kerana curang kepadanya. Berikut merupakan kisah tersebut.


Aku dapat rasa isteriku menipu dan curang dibelakangku. Setiap kali dia memegang handphone, dia akan senyum seorang diri dan bila ditanya dia mengatakan bahawa dia sedang bermesej dengan ibunya. Nampak pelik bukan.

Dia juga selalu sangat balik lewat ke rumah katanya banyak kerja di tempat kerja. Bila aku menelepon kawan sekerjanya, rakannya memberitahu dia telahpun balik tepat pada waktu habis office hour.

Kejadian yang paling pelik yang berlaku adalah ketika dia bangun pukul 11:30 malam dan ingin keluar katanya ingin membeli susu. Dan dia tidak kembali sampailah pulul 2 pagi.

Aku biarkan sahaja, kerana aku ingin mencari bukti kukuh untuk aku berikan kepada peguamku disamping untuk berikan aku masa mencari tempat tinggal yang baru.

Aku mengambil keputusan untuk melakukan kejutan pada harijadinya dan aku akan hentikan semua ini pada hari tersebut. Biar ianya menjadi majlis harijadi yang dia tak akan lupa sampai bila-bila.
Dalam beberapa hari sebelum hari jadi nya, aku memberitahu yang aku merancang parti untuk dirinya. Tetapi dia menolak malah di mengarahkan aku untuk pergi ke rumah kawan dan bergembira bersama kawan sementara itu dia kena melakukan banyak kerja. Alasan lain yang diberikannya adalah dia tidak mahu diingatkan bahawa dia sudah berumur.

Tahap klimaks aku betul-betul yakin dia curang kepadaku apabila aku menemui minuman dan 2 gelas di dalam almari pakaian.

Maka pada hari jadinya aku berupra-pura pergi ke luar kota bersama kawan. Apa yang aku lakukan adalah, aku menghubungi mak mertua , ayah mertua , iparku, serta kawan-kawan isteriku untuk memberikan kejutan terus ke rumah.

Aku memberitahu supaya mereka memberikan kejutan hari jadi yang terbaik. Berjalan masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan tanpa didengari.

Maka hari itu tiba, mak mertua ku membawa kek dan orang lain membawa barangan kejutan parti harijadi. Kami perlahan-lahan masuk ke dalam rumah, dan apabila tiba di depan pintu , kami menolak daun pintu dan menjerit..
"SUPRISE!!!"

Betapa terkejutnya mak mertua , ayah mertua dan orang lain kerana mendapati isteriku dalam keadaan bogel bersama orang lain.

Ayah mertuaku menjerit begitu juga dengan orang lain.

Lelaki di dalam bilik tersebut cepat-cepat memakai pakaian dan berlari keluar. Dan akhirnya, berakhirlah kisah hidup aku dengan isteriku dengan keadaan isterku akan mengingati detik ini,

Friday, March 27, 2015

OPPS !!! LELAKI BERANI BERPROJEK DENGAN ISTERI JIRAN DALAM 5 BULAN ..... habislah ( 3 GAMBAR )

GAMBAR HIASAN

Sekeping printsreen menjadi viral di laman sosial facebook dan whatapp . Dalam printsreen tersebut seorang lelaki memohon maaf kepada jiran kerana menggunakan wifenya selama 5 bulan berang dengan pengakuan tersebut jirannya telah memukul dan menceraikannya isterinya dengan talak 3




Selang beberapa minit kemudian lelaki tersebut telah mesej jirannya bahawa tersalah ejaan bukan wife tapi wifi.Jadi dari kesimpulan kisah ini kita sebagai manusia jangan cepat menghukum orang lain sebaliknya siasat dahulu


Thursday, March 26, 2015

KESIAN !!! GADIS DIROGOL KEJAM SEBANYAK 30 KALI HINGGA TIADA WAKTU REHAT ...benarkah ??



Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad sebagai gundik. - Foto AP

Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu, ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu bual BBC di London.
Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya, seorang aktivis kumpulan ‘Peshmerga Kurdi’.
“Jika anda tahu di mana kami, sila bom kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan telefon berkenaan. 

Wednesday, March 25, 2015

FOTO: Awek Persendakan Kain Telekung Dengan Aksi Melampau

Aku makin pening memikirkan kelakuan budak sekolah / remaja zaman la ni.

Korang tengok la  gambar ni yang mana budak sekolah ini sengaja mempersendakan tudung telekong. 

Dengan sengaja menunjukkan tangan serta aksi lucah sebegini dan dengan sengaja juga mengupload gambar sebegini ke facebook mereka:

Jangan main-main dik dengan perkara macam ni! 




Tuesday, March 24, 2015

VIDEO: Pelajar Sekolah Buat Maksiat Dalam Kelas


PERGHH… barangkali sudah tiba masanya pihak sekolah memasang kamera perakam tersembunyi di setiap bilik kelas di sekolah.
Mana taknya, terkejut besar kami apabila melihatkan sebuah video ini yang memaparkan aksi selamba ‘adik-adik’ di bangku sekolah ini bercumbu.

Bomoh ‘Rawatan Islam’ Dicekup Ketika Cuba Berjimak Dengan Pesakitnya


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) menahan seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pengamal perubatan Islam ketika cuba melakukan seks ke atas pesakit wanitanya di sebuah rumah di Kampung LBJ di Seremban.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan Jheains pada pukul 12.30 tengah hari tadi, ketika cuba melakukan perbuatan keji tersebut yang didakwa sebahagian daripada cara rawatan, dengan seorang wanita berusia 24 tahun di rumah mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jheains Ahmad Husaini Mustafa berkata pada mulanya, suspek dari Kuala Lumpur dihubungi mangsa untuk mengubati dirinya yang menghadapi masalah mendapatkan anak.

“Apabila tiba di rumah mangsa, suspek kemudian menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk merawat mangsa dan melakukan ‘nikah batin’ iaitu menikahkan dirinya dengan wanita itu tanpa mengikut ajaran Islam yang sebenar.

“Suspek kemudiannya cuba mengambil kesempatan dengan melakukan seks ke atas mangsa yang ketika itu sudah terpedaya dengan rawatan lelaki itu, sebelum rumah itu diserbu Jheains,” katanya.

Ahmad Husaini berkata dalam serbuan yang dilakukan hasil maklumat dan aduan orang ramai, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu, ditahan sebelum sempat melakukan hubungan seks dengan mangsanya.

“Kita percaya suspek bukan seorang yang pandai agama tetapi menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran hanya untuk memperdaya mangsa sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa,” katanya.

Beliau berkata beberapa barangan turut dirampas termasuk senaskhah Al-Quran dan sebuah kitab yang dipercayai digunakan untuk memperdaya mangsa.

Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatannya, dan siasatan awal mendapati suspek telah merawat tiga wanita.

Ahmad Husaini berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mempermainkan ayat Al-Quran; Seksyen 50 Enakmen sama kerana mencemar dan menghina Agama Islam; dan Seksyen 77 Enakmen sama kerana memikat wanita untuk melakukan niat jahat.

Monday, March 23, 2015

Hati-Hati Para Wanita 5 Gambar Kamera Tersembunyi Terbaru Ini Merakam Aksi Ghairah Anda Tanpa Sedar !

Sejak belakangan ini, perbincangan di internet dihebohkan dengan beredarnya foto closed circuit television (CCTV) atau kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju. Pihak Kastam dan Cukai telah mencari barang tersebut dan mengimbau masyarakat, terutama perempuan, untuk lebih berhati-hati ketika di pusat membeli-belah atau tandas. CCTV Berbentuk Gantungan Baju 

CCTV Berbentuk Gantungan Baju Foto yang diambil dari salah satu web jual beli online CCTV Berbentuk Gantungan Baju Para penjual di website jual beli online secara terang-terangan menampilkan gambar mangsa CCTV Berbentuk Gantungan Baju Dari iklan yang ditampilkan penjual ini, jelas sekali bahwa produk ilegal ini menyasar kaum wanita Bahkan para penjual tersebut melayani jasa pengiriman langsung atau melalui transaksi pertemuan (cash on delivery/COD).

Sejak kebelakangan ini, perbincangan di internet dihebohkan dengan beredarnya foto closed circuit television (CCTV) atau kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju.Pihak Kastam dan Cukai telah mencari barang tersebut dan mengimbau masyarakat, terutama perempuan, untuk lebih berhati-hati ketika di pusat membeli-belah atau tandas.


CCTV Berbentuk Gantungan Baju

Gambar yang diambil dari salah satu web jual beli online

CCTV Berbentuk Gantungan Baju
Para penjual di laman web jual beli online secara terang-terangan memaparkan gambar mangsa
CCTV Berbentuk Gantungan Baju
Dari iklan yang dipaparkan penjual ini, jelas sekali bahawa produk haram ini menyasar kaum wanita