Sunday, April 12, 2015

KESIAN !!! GADIS NI SYAK DIROGOL KERANA ADA TOMPOK AIR MANI DI KEMALUANNYA

GAMBAR HIASAN
Seorang wanita warga Indonesia meraung sebaik doktor memaklumkan dia berkemungkinan dirogol selepas ditemui orang awam tidak sedarkan diri di Terminal Bas, Pujut, di sini, kelmarin.
Mangsa berusia 33 tahun itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 9 pagi dan dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, bagaimanapun punca sebenar kejadian belum diketahui.
Sumber berkata, mangsa yang masih dalam keadaan lemah dan trauma, meronta-ronta ketika dimaklumkan doktor ada tompokan air mani pada alat sulitnya.
“Mangsa dipercayai diberikan dadah sebelum dirogol, selepas hasil ujian air kencing mendapati dia positif methaphetamine.
“Punca kejadian masih belum diketahui kerana mangsa masih trauma dan polis masih menyiasat kejadian yang menimpa mangsa,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan selepas hospital membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini.
Katanya, mangsa masih dirawat di Hospital Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

0 comments :

Post a Comment