Saturday, January 3, 2015

Fouziah Gous Pengacara Baru NONA 2015



Selepas Neelofa dan Fara Fauzana meninggalkans set program Nona selepas siaran terakhir pada 28 Disember lalu, nampaknya pihak produksi sudah pun mempunyai pengganti untuk mereka berdua untuk meneruskan legasi pengacaraan di Nona. 

Baru baru ini Fouziah Gous muncul dalam satu promo program tersebut mendedahkan yang beliau akan diberikan mandat sebagai hos program Nona untuk tahun 2015 sekaligus memulakan titik kerjaya beliau sebagai seorang pengacara. 

Bercakap kepada Berita Harian Fouziah Gous mengatakan yang beliau teruja dengan peluang yang diberikan oleh produksi Nona untuk dirinya dan mengambil peluang ini atas tiket untuk mencabar diri sendiri dalam lapangan baru untuk kariernya. 

“Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang. Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima” 

“Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon. Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain,” ujarnya. 

Beliau turut mengakui sedikit gementar untuk mengendalikan program ini secara solo tanpa gandingan pengacara lain namun dengan bimbingan produksi dan bekas pengacara lama, Fouziah Gous berasa lebih yakin. -rotikaya 

Gadis Manis Ini Hampir Dirogol, Dirompak Dan Ditoreh Mukanya


Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan. 

Kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 1.40 petang yang mana telah disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon daripada talian 999. 

Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, 58 tahun (Ibu), Nur Shafiqa bt. Lah, 22 tahun(Anak) dan Nur Shafatini bt. Lah, 18 tahun (Anak). 

Suspek 2 lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk kedalam rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai penutup depan (Visor) manakala seorang suspek telah menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa Nur Shafiqa sedang mandi. 

Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah. 

Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang suspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu IBU Nur Shafiqa (Hat Tema) yang sedang terbaring dilantai itu. 


Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan suspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5 (S). 

Semasa didalam bilik itu juga Shafiqa telah melihat suspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun suspek pakai semula seluar apabila suspek yang kedua yang berada diluar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya. 

Suspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan. 


Suspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Suspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak meminta bantuan. 

Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu dan telah bersembunyi dibawah katil ketika suspek tendang pintu bilik. 

Walaubagaimana pun beliau tidak nampak suspek yang masuk kedalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya telah menghubungi talian 999 bagi meminta bantuan dari pihak polis dan juga ambulan. 


Setelah Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Temadan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut. 

Hat Tema mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri kerana telah melawan 2 orang sapek (penyamun) manakala Nur Shafiqa mengalami kecederaan pada dahi sebelah kanan dan pada bibirnya. 

Barangan yang telah disahkan hilang adalah barang kemas sebentuk cincin,seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih. 


Suspek utama 2 orang lelaki yang memakai topi keledar serta mempunyai bentuk badan kurus dan kenderaan yang digunakan suspek tidak dilihat. 

Semasa kejadian itu suspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantandan muka suspek tidak dapat dicamkan kerana memakai topi keledar dengan penutup visor gelap. 

Sementara itu pihak Polis telah membuat siasatan ditempat kejadian dan Rajah kasar tempat kejadian itu telah dilakar serta gambar tempat kejadian juga telah dirakamkan dan juga kesan kecederaan mangsa. 


Pihak Polis dengan Bantuan D8 telah dipohon untuk mengesan lokasi telefon bimbit mangsa dan anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan suspek terlibat. 

Friday, January 2, 2015

Gempar !!! Punca Sebenar 133 Orang Askar Wanita Amerika Hamil Di IRAQ Didedah !!!


Perang di Iraq oleh Amerika masih tinggal sisa-sisa. Walaupun kerajaan Saddam tumpas, kini masih ada askar Amerika di sana....

Askar wanita yang akan ke Iraq diarahkan Kementerian Pertahanan Amerika supaya membawa kondom. Ini kerana berlaku peningkatan kehamilan yang agak mebimbangkan semasa misi ketenteraan. Ada juga iklan di dalam sebuah majalah tentera memberi amaran kepada askar wanita supaya mengambil perlindungan kerana terdapat 50 lelaki untuk setiap wanita....

Peraturan ketenteraan di Amerika melarang askar mengadakan hubungan di kawasan perang. Namun menurut cerita dari pegawai tentera, larangan itu diabaikan sekiranya hubungan itu berlaku antara askar berpangkat yang sama (same rank) dan juga jika tidak mendatangkan kesan kepada operasi. Inilah punca sebenarnya selain ratio 50 lelaki untuk 1 wanita...





Statistik yang dikeluarkan menunjukkan 133 askar wanita hamil di Iraq daripada Januari 2003 hingga tahun lepas.

AKIBAT - Tak Tahan Melihat Isteri Berjubah Melekat Di Tubuh !!!


Berlaku Pertelingkahan Sepasang suami isteri atas dasar jubbah yang dipakai isterinya itu tidak menepati syariat Islam yang akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka dan di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera ditubuh. 

Kejadian ini beraku di rumah kedua orang pasangan terbabit di Setapak kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-duanya sedang bersiap untuk sebuah acara makan malam. 

Menurut dari salah satu sumber, sebelum kejadian tersebut si suami mengajak isterinya untuk pergi ke sebuah acara makan malam anjuran pihak syarikat tempat si suami bekerja, namun apabila si isteri tersebut cuba mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain. 

si suami berpendapat jubbah yang cuba dipakai isterinya terlalu ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi secara dasarnya ia di kategorikan tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam. 

Bagaimanapun si isteri tersebut enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya biasa-biasa sahaja dan sudah cukup untuk menutup aurat, katanya suaminya ketika dhubungi semalam. 

Sumber itu berkata pasangan terbabit hanya bermula dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya berkali-kali. 

Tidak pula cukup dengan itu dia turut terus memukul badan mangsa dengan penyaku baju hingga wanita itu tercedera di mulut dan lebam di seluruh badan . 

Mangsa yang cedera terus mendapat rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku itu di Balai Polis Setapak. Sumber Asal - Muraidotcoms & fuh

Akhirnya Chacha Maembong Beri Penjelasan Sebenar Punca Perbalahan Dengan Bapanya !


Pelakon Chacha Maembong berkata, tulisan bapanya, Ismail Embong yang marah terhadap dia sehingga enggan mengaku anak hanyalah sekadar salah faham.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, bagaimanapun enggan mengulas panjang berkenaan perkara itu kerana bimbang kenyataan yang dikeluarkan boleh mengeruhkan lagi keadaan. 

"Saya tak mahu cakap banyak kerana takut jadi lebih teruk. Saya anggap perkara itu semua salah faham. 

"Lagipun tidak elok untuk saya kongsikan hal-hal peribadi terutamanya berkaitan keluarga kepada umum. Ia boleh mengeruhkan keadaan," katanya kepada mStar Online. 

Minggu lalu, Ismail yang juga pelukis terkenal negara menerusi status Facebook miliknya meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan Chacha di media yang dianggap membelakanginya sebagai bapa. 



Perselisihan faham bermula apabila Ismail memuat naik status mengecam majlis pernikahan anaknya Yaya Maembong dengan pelakon Wan Raja apabila mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa dengan mengadakan perkahwinan secara membazir termasuklah majlis berinai yang tidak mendapat keizinannya. 

Yaya dan Wan Raja bernikah pada 12 Disember lalu. 

Chacha pula turut membuat kenyataan kepada sebuah portal menafikan tuduhan si bapa kononnya dia bersama dua beradiknya telah dihalau dari rumah kakak mereka Yaya sebaliknya mereka secara peribadi mahu berpindah ke sebuah rumah lain yang baru dibeli Chacha. 

Kenyataan Chacha itu membuatkan Ismail terluka dan menyatakan bahawa Chacha bukanlah anaknya. 

Sementara itu, Chacha berharap mana-mana pihak tidak lagi membesarkan isu berkenaan kerana perkara ia boleh menjejaskan lagi perhubungan keluarga mereka. 

Dalam pada itu, dia bersyukur kontroversi yang timbul dalam keluarga tidak menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon. 

"Menjadi selebriti, saya perlu bersedia dengan pelbagai kontroversi yang timbul. Kerana itu saya cuba mengelakkan memberi komen tentang hal-hal peribadi termasuklah masalah keluarga. Saya tak mahu ia bercampur dengan kerjaya seni. 

"Maafkan saya jika tidak mengulas panjang berhubung kontroversi (keluarga) yang timbul," ujarnya. 

Gambar Rambut Baru Nora Danish Jadi Tumpuan Lelaki Mata Keranjang ? (3 Foto)


Nora Danish antara salah seorang artis tempatan yang kami kira kalau umurnya 50 tahun nanti pun, tetap akan nampak seperti anak dara.

Mana taknya, kalau sekarang ini Nora yang berusia 30-an pun masih kelihatan awet muda, apatah lagi bila sudah bergelar nenek nanti. Sebab tu apabila Nora menukar gaya rambut terbarunya sempena tahun baru, ibu muda ini terus kelihatan seperti budak sekolah menengah. Kami rasa tercabar!



Apa salahnya berangan. Yang penting apa yang dikatakan Nora itu memang fakta. Kami sendiri setuju dengan angan-angan Nora. Hehe.

Jadi Tumpuan Lelaki Mata Keranjang

Kadang-kadang kami tak faham dengan sesetengah golongan yang tanpa segan silu meninggalkan komen berbaur luc@h dan kurang sopan di laman sosial popular secara terbuka. Lagi tak faham bila gambar sesuci lebaran ini pun boleh jadi bahan nakal.



Kalau Nora pun dah lali dengan komen sebegitu, perlukah kita nak berdebat dan turut bergaduh? Apapun, kami bagi lima bintang untuk rambut baru Nora! -Oh!Bulan.com


Tindakan Eina Azman Apabila Gambarnya DIsalah Guna Sebagai Pelaris Produk Kecantikan.

Nampaknya nama dan gambar pelakon Eina Azman telah disalah guna oleh beberapa pihak yang ingin mengaut keuntungan sendiri.

Kerana nama Eina Azman ini terlalu terkenal di media hiburan, tanpa pengetahuannya, gambar beliau menjadi mangsa pengguna yang tidak bertanggungjawab, ini kerana, Eina mempunyai waja yang cantik dan jelita sesuai untuk dijadikan model mana-mana produk kecantikan online.

Jadi Eina Azman agak berang dan ingin mengambil tindakan yang sewajarnya, ini kata Eina Azman:

Salam semua..Eina nak tanya TERANG2 di sini bahawa product apa yang Eina ambil akan Eina reveal sendiri..Tolong jangan terpadaya dengan semua pihak2 yang tidak bertanggungjawab menggunakan pic Eina untuk bagi business mereka berjalan lancar. Harap sabar.

I also want to HIGHLIGHT THAT I will take action against IG/FB/TWITTER atau mana2 social media yang menggunakan photo Eina tanpa sebarang persetujuan untuk meakukan product promotion, so ,kindly. removev your advertisment!!






Thursday, January 1, 2015

Chacha Maembong Dan 3 Beradik Terpaksa Tinggal Rumah Setinggan Kerana Dihalau Oleh Bapanya.


"Tanpa pengetahuan saya mereka (Yaya Maembong & Wan Raja) adakan "Malam Berinai" 10December.

Saya hanya tahu bila saya datang ke bukit Antarabangsa nak jengok Popo (akak Chacha) yang tinggal di rumah itu bersama Amad, Chacha. diberitahu 3 beradik itu terpaksa keluar dan mencari rumah lain kerana lepas nikah pasangan itu akan tinggal di rumah Yaya. Kini mereka bertiga di flat, Amad berkerusi roda terpaksa naik lif.

Berderai perasaan si bapa ini, tapi disembunyikan juga," Pelakon Chacha Maembong nafi dia dan dua beradiknya disuruh keluar rumah dari rumah akaknya, Yaya Maembong seperti yang dinyatakan oleh bapanya Ismail Embong menerusi ststusnya di laman sosial Facebook.

Sebaliknya, Chacha Maembong berkata dia sudah pun membeli rumah sebelum Yaya dan Wan Raja berumahtangga untuk tinggal bersama dua orang adik-beradiknya yang lain.

"Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan Kahwin lagi kami dah mulah berpindah sedikit demi sedikit.

"Saya dan kak Yaya tiada masalah dan tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri.

"Bukan sahaja mahu beri kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya," katanya.

Difahamkan, bapa mereka memuat naik status itu selepas berang dengan artikel gosip dalam rumah ruangan sebuah akhbar dengan tajuk 'Bapa Pengantin Buat Hal'

Chacha turut menjelaskan rumah yang dibeli itu bukanlah flat sepertimana yang digambarkan oleh bapanya tetapi merupakan sebuah rumah kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua.

"Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif.

"Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah saya tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar," jelasnya lagi.

Memang perkembangan lain, Chacha kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Anak Kelima untuk siaran TV9.

Pecah Rumah - Anak Gadis Diperkosa Depan Ibu.

Gambar Hiasan

"Kami diheret 10 meter ke ladang kelapa sawit di belakang rumah sebelum anak bongsu saya dirogol oleh seorang penjenayah berkenaan." Kata seorang wanita yang dikenali sebagai Mahberusiah 50-an di sini semalam.

Dalam kejadian Jam 3:30 petang itu, dua beranak itu dirompak dua penceroboh rumah mereka di sebuah kampung mereka di daerah ini. Menceritakan kejadian itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum dikejutkan kehadiran dua perompak yang tidak dikenali kerana kedua-dua mereka menutupi muka dengan topeng.

"Penjenayah yang bersenjata parang dan pisau memaksa kami mengambil barang berharga  dan menyuruh kami berdiam diri, jika tidak mereka akan kerat leher kami." kata ibu menjelaskan dengan sedih.

Selain itu penjenayan juga mengugut anak perempuan setelah diperkosa, supaya menyerahkan wang dan barang berharga kepada mereka.

Fesyen Artis Melayu Yang Ketat & Melekat.


Inilah antara fesyen pakaian para artis masa kini, nampak ketat dan melekat menampakkan bentuk badan, tak sesuai dipakai bagi wanita melayu. 

Tidak salah berfesyen tapi agak-agak la jugak, ini lah yang dilalui setiap artis, macam-macam dugaan dihadapi bila berdepan dengan peminat.

Ya, betul cara ini memang nak jaga hati peminat supaya kelihatan cantik dan sedap dipandang, tapi tak senonoh bagi orang yang pandai menilai.

 Bukan nak mengaibkan hal orang lain tapi ini adalah satu kebenaran..fikir-fikir kan lah yer..







Testing Sebelum Khawin.


Inilah sebuah kisah dari seorang wartawan Metro tentang artis di malaysia yang terikut-ikut

 budaya barat, sampai dia yang dah tewas kekasih sebelum berkhawin,

 Apa nak jadi dengan  manusia zaman sekarang.

Akibat Suami Kerap Tinggalkan Isteri.


BESUT- Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua hari di hospital akibat cederah dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit di kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cederah di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan jabi yang terletak beberapa kilometer dari kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa  wanita itu. Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah berkenaan.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun yang hendak bermain Futsal di sebuah gelangang futsal di kawasan Jertih.

Apabila isteri pulang ke rumah, dikatakan terus menghunbungi buah hatinya untuk datang ke rumahnya setelah membuat temujanji sebelumnya.

Difahamkan sejam kemudian suami menghubungi isterinya namun tidak dijawab menyebabkan suani risau dan mengesyaki ada sesuatu yang berlaku yang tidak baik, suami terus pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap isterinya.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Produa Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubagn rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang sedang berasmara.

Suami berkenaan terus masuk ke dalam rumah bersama beberapa penduduk kampung menyebabkan berlakunya pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kanpung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguatkuasa syariah pejabat agama daerah sebelum kedua pasangan itu diserahkan kepada balai polis.