"Tanpa pengetahuan saya mereka (Yaya Maembong & Wan Raja) adakan "Malam Berinai" 10December.
Saya hanya tahu bila saya datang ke bukit Antarabangsa nak jengok Popo (akak Chacha) yang tinggal di rumah itu bersama Amad, Chacha. diberitahu 3 beradik itu terpaksa keluar dan mencari rumah lain kerana lepas nikah pasangan itu akan tinggal di rumah Yaya. Kini mereka bertiga di flat, Amad berkerusi roda terpaksa naik lif.
Berderai perasaan si bapa ini, tapi disembunyikan juga," Pelakon Chacha Maembong nafi dia dan dua beradiknya disuruh keluar rumah dari rumah akaknya, Yaya Maembong seperti yang dinyatakan oleh bapanya Ismail Embong menerusi ststusnya di laman sosial Facebook.
Sebaliknya, Chacha Maembong berkata dia sudah pun membeli rumah sebelum Yaya dan Wan Raja berumahtangga untuk tinggal bersama dua orang adik-beradiknya yang lain.
"Sebenarnya saya sudah lama membeli rumah itu malah sebelum Kak Yaya membuat persiapan Kahwin lagi kami dah mulah berpindah sedikit demi sedikit.
"Saya dan kak Yaya tiada masalah dan tiada isu saya dihalau atau sebagainya tetapi saya sendiri memang dah lama mahu pindah keluar kerana barang shooting saya terlalu banyak dan saya perlukan ruang saya sendiri.
"Bukan sahaja mahu beri kak Yaya privacy tetapi saya sendiri pun mahu privacy saya," katanya.
Difahamkan, bapa mereka memuat naik status itu selepas berang dengan artikel gosip dalam rumah ruangan sebuah akhbar dengan tajuk 'Bapa Pengantin Buat Hal'
Chacha turut menjelaskan rumah yang dibeli itu bukanlah flat sepertimana yang digambarkan oleh bapanya tetapi merupakan sebuah rumah kondominium. Kalau flat manalah ada lif semua.
"Amad (Abang Chacha) pula selesa dan suka sahaja keluar masuk rumah baru kami walaupun turun naik lif.
"Saya rasa ini salah faham sahaja. Hubungan saya dan ayah saya tiada masalah. Biasalah itu orang tua, bila tengah marah apa sahaja boleh keluar," jelasnya lagi.
Memang perkembangan lain, Chacha kini baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri Anak Kelima untuk siaran TV9.
0 comments :
Post a Comment