Saturday, January 3, 2015

Fouziah Gous Pengacara Baru NONA 2015



Selepas Neelofa dan Fara Fauzana meninggalkans set program Nona selepas siaran terakhir pada 28 Disember lalu, nampaknya pihak produksi sudah pun mempunyai pengganti untuk mereka berdua untuk meneruskan legasi pengacaraan di Nona. 

Baru baru ini Fouziah Gous muncul dalam satu promo program tersebut mendedahkan yang beliau akan diberikan mandat sebagai hos program Nona untuk tahun 2015 sekaligus memulakan titik kerjaya beliau sebagai seorang pengacara. 

Bercakap kepada Berita Harian Fouziah Gous mengatakan yang beliau teruja dengan peluang yang diberikan oleh produksi Nona untuk dirinya dan mengambil peluang ini atas tiket untuk mencabar diri sendiri dalam lapangan baru untuk kariernya. 

“Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang. Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima” 

“Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon. Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain,” ujarnya. 

Beliau turut mengakui sedikit gementar untuk mengendalikan program ini secara solo tanpa gandingan pengacara lain namun dengan bimbingan produksi dan bekas pengacara lama, Fouziah Gous berasa lebih yakin. -rotikaya 

0 comments :

Post a Comment