Dua
patah perkataan yang cukup membuatkan SS terkedu apabila rakan SS
beritahu yang artis itu 'dah barai'. Tak mahu terus menerima cerita itu
begitu saja, SS bertanya lagi kepadanya mengenai kesahihan berita itu
kerana setahu SS artis itu baru mendirikan rumah tangga dengan jejaka
pujaan hatinya.
Rakan
SS kata cerita itu benar kerana ramai rakannya yang pernah ada
pengalaman 'bermain' dengan artis itu bercerita dengannya. Kejadian demi
kejadian berlaku dan artis itu sedikit pun tak kisah apabila tubuhnya
diratah mana-mana lelaki.
Artis
itu antara artis 'favourite' untuk menjayakan pelbagai program terbitan
sebuah stesen TV kerana senang bekerja dengannya, berdisiplin dan tidak
'demand'.
Yang
menghairankan SS, bukankah artis itu sudah sekian lama bermain cinta
dengan suami yang baru dikahwininya itu. Menurut pandangan SS, kalau
artis itu sudah berjanji sehidup semata dengan kekasih hati, tak
sepatutnya dia berperangai begitu. Apakah ertinya cinta, sekiranya artis
itu sanggup berkongsi tubuhnya dengan lelaki lain.
SS harap selepas dah berkahwin, artis itu akan buang segala sikap buruknya dan tumpulah pada rumah tangga yang baru dibinanya.
SS: Sentiasa menghargai pengorbanan orang tua yang tak putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anak. *Gambar Hiasan
Monday, December 29, 2014
Artis Wanita Melayu 'Barai' Dah Kena 'Pakai' Ramai
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment