KUALA LUMPUR - Walaupun generasi zaman sekarang semakin khususnya anak muda kebanyakannya menganggap irama dangdut itu sekadar picisan dan mungkin juga tidak ada kelas, namun persepsi ini pastinya berubah selepas munculnya kembali ratu sensasi irama muzik dangdut - Amelia.
Kehilangannya ternyata merubah perkembangan industri muzik yang semakin hari memingkirkan irama dangdut yang sebenarnya tidak pernah mati dalam jiwa insan yang bernama Norazlina Amir Sharifuddin ini.
Pada sebuah majlis eksklusif pertunjukkan fesyen yang menampilkan himpunan istemewa olahan idea bernas pereka duo Rizman Ruzaini bersama seorang pencinta seni warisan Melayu iaitu Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim tersebut, Amelia diberika penghormatan mendendangkan lagu duet Seri Langka bersama Sabhi Sadhi.
Bukan calang-calang jemputan yang menyaksikan persembahan ini, antaranya termasuklah Sultanah Terenganu. DYMM Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Putri Jawaheher dari Negeri Sembilan, serta para kenamaan serta selibriti terkenal tempatan berpeluang melihat 'comeback' dari ratu dangdut ini.
Apapun, korang lihat sendiri bingkisan Seri Langkat yang bergema di ruang Sultan Lounge di hotel Mandarini.
Sumber:bestjer
0 comments :
Post a Comment