Selepas Diana Danielle dan Farid Kamil menimbulkan kontroversi dengan
perkongsian gambar yang agak intim sebelum ini, kali ini Rozita Che Wan
dan Zain Saidin pula turut berkongsi gambar yang lebih kurang serupa.
Namun gambar Che Ta dan Zain lebih romantis dengan bunga ros merah
berbentuk “love” sebagai latar belakang. Che Ta telah berkongsi gambar
ini di akaun Instagramnya dengan caption “Good morning frm #kohsamui wtluv @therealzainsaidin“.
Seperti
biasa di ruangan komen penuh dengan reaksi para peminat pasangan suami
isteri ini yang mengkritik dan memuji. Bagi Abang Nara, tak manislah
kalau gambar atas katil pun dikongsi untuk tatapan ramai walaupun
bertujuan untuk menunjukkan kebahagiaan dan kegembiraan. Walaupun
tidaklah seksi atau nampak “lucah“, namun ia masih kurang manis untuk ditatap oleh orang ramai. Biarlah gaya aksi di bilik menjadi rahsia suami isteri sahaja.
Harap-harap
selepas ini jangan ada pula selebriti yang buat video atau gambar yang
lebih intim dan dikongsi di akaun media sosial. Teknologi yang canggih
harus digunakan dengan teliti. Jangan sampai menimbulkan kontroversi.
Harap-harap perkara ini menjadi “trend” di kalangan selebriti. Tak gitu?
0 comments :
Post a Comment