Wednesday, December 31, 2014

Punca Sebenar Nora Danish Disuruh Tanggalkan Pakaian Ala-Ala Firaun!


Apa perasaan korang jika gambar yang di muatnaik di laman sosial tiba-tiba dijadikan bahan komen lucah? Sedih, trauma atau gembira?

Mesti korang tak suka kan? Iyalah, foto yang dimuat naik bertujuan untuk dikongsi, bukan menaikkan berahi. Haa, situasi inilah yang sering melanda selebriti tempatan termasuklah Nora Danish.

Terbaru, Nora disuruh tidak memakai baju dek kerana sebuah foto yang di muat naik ketika majlis perlantikannya sebagai duta produk Safi Rania.

Lebih memeranjatkan, ada beberapa pengikut Instagram yang turut memberikan komen lucah terhadap ibu tunggal ini. Hinggakan model yang berdiri dibelakang Nora pun terkena tempiasnya.

Ish, kami pun tak faham dengan mentaliti sesetengah masyarakat, kot iya pun ingin menegur, rasanya ada perkataan yang lebih sopan untuk digunakan. Betul tak?

Iyalah, selebriti pun manusia juga, tak lari dari melakukan kesilapan. Jadi, nasihat kami, kan lebih elok jika kita meninggalkan komen yang baik dan sopan pada foto-foto yang dimuat naik oleh selebriti.

Apapun, kami pasti Nora wat lek wat peace je dengan semua ini. Yang penting Nora enjoy! - PORTAL OHBULAN.

0 comments :

Post a Comment