Monday, December 29, 2014

Nelayan Ambil Kesempatan Merogol Gadis Yang Cuba Bunuh Diri.


Dua orang nelayan bertindak kejam kerana mengambil kesempatan untuk memperkosa seorang gadis yang dipercayaai lemas di bawa arus laut ke pantai. Gadis itu sebelumnya cuba bunuh diri dengan terjun ke laut bersama keluarganya.

INDIA - Niat seorang gadis ingin mengambil keputusan untuk mati bersama-sama dengan ibu bapa dan empat orang adik-beradiknya dengan terjun ke laut, bertukar menjadi cerita lain apabila dia dihanyutkan ke tepi pantai dan kemudiannya dirogol oleh dua nelayan.



Wanita itu dan keluarganya bertindak demikian dalam cubaan bunuh diri beramai-ramai pada 18 Desimber lalu selepas mereka sekeluarga dihalau dari rumah mereka di Puducherry.

Dua daripada adiknya dan ibu mereka meninggal dunia manakala wanita itu bersama dua lagi adik beradiknya dan bapa mereka dihanyutkan arus. Wanita itu mendakwa dia dirogol ketika tidak sedarkan diri. Dua nelayan berkenaan telah mengaku kepada pihak polis mengenai jenayah itu.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat rakanan CCTV di hotel yang terletak di sekeliling pantai itu. Kali pertama bunuh diri dah gagal, kena rogol pulak tu, mesti dia akan cuba nak bunuh diri lagi selepas ini.

0 comments :

Post a Comment