Saya
bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta.
Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami
mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah
hati saya dunia dan akhirat.
KISAH
ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak
macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10
tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi
perhatikan tingkah lakunya.
Saya
lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik
air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang
dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang
dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan
layanannya juga tidak seperti dulu.
SEBELUM INI
Bila
saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita
yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil
untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan
sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa
macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8
kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi
sekarang nyata berbeza.
SUATU HARI
Mungkin
tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi
situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci.
Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi
tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti
mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat
catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya.
Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas
kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran
mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan
letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar
dari bilik dan bersarapan.
Semasa
saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan
bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat
macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki
kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk
digunakan sebagai pengumpul bukti.
PETANG ITU
Saya
menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di
hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya
tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya
bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus
menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut
telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.
Saya
perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri
saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang
selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon
saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab
panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada
hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia
berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati
saya melihat isteri saya berbohong.
Saya
kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan
isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya
lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan
bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya.
Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya
memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua.
Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya
dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya
pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan
solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.
Saya
menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali
sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian
lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah
kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka
bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah
saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat
isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu.
Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya
pasang.
Saya
mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang
tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat
yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai.
Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi
kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang
sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi
night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun
dalam keadaan yang amat gelap.
Bagai
nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka
sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak
lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh
isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan
terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa
yang mereka lakukan.
HATI SAYA HANCUR LULUH
Pada
ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja
riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi
saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya
sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya
padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke
kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu
kereta saya pulang.
Dalam
solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan
bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi
ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi
saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu
saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan
kepada saya.
Apabila
terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari
bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri
mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum
tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara
berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati
saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup
aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum
dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada
apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan
perbuatan keji di jalan tadi.
Malam
itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan
anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas
isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat,
sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya
tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia
dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya
dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa
yang dia lakukan tadi.
Pada
keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya
rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap.
Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di
dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya
jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.
Dia
menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia
meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya
sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti
yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri
saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya
yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian
dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari
itu juga.
Isteri
saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan
berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam
keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa
meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak
pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah
itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya
mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.
Alangkah
gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui.
Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak
mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba
dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil
bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak
saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa
perwatakan saya tidak seperti biasa.
Saya
menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil
menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium
dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan
tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas
pakaian selepas diminta oleh saya.
Dalam
perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian
pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri.
Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak
banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang
membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.
Sampai
di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan
cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan
apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada
keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan
isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara.
Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja,
sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.
Akhirnya
bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil
mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak
menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka
jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut,
begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak
mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya
terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan
mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina
dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.
Mertua
saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya.
Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak
cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu
dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan
tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan
bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta,
mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang
tamu.
Mertua
saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan
dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang
#bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala
sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan
saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan
berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.
Anak
saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar
raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan
turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar
suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan
papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu
memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang
tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang
kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat
mamanya meraung-raung dikaki saya.
Wajah
adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya
dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui
perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk
ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata
pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah
syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang
kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta
bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada
hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.
Selepas
kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas
isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan,
saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita
yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas
isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana
lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah
balasan Allah kepadanya.
Pada
hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya
atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas
isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang
dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu
bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang
diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia
atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya
kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang
tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak
saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang
daripada ajaran Allah yang sebenar.
KESIMPULAN
Semuga
kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain
di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan
anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah
tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu
bekerja.
WARGA PRIHATIN
ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.
Jika
tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara
mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan
semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu,
menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk
‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak
kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita
sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.
Seorang
suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang
berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan
secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan
isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah
hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak
mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam
masa yang sama.
Hasil
kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza
dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami
yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan
soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri
serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami
yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya.
Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.
Janganlah
biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara
zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja,
pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah
buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar
mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.
Pengalaman
seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang
sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan
ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang
sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan
mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan
kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut
menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di
kalangan artis dan penari budaya.
Lihatlah
penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar
gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui
telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki
yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari
aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda
masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari
kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita
hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.
Telah
Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya
kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan
akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita.
Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.