Seorang wanita yang baru bersalin digalakkan untuk menjaga pantang selama 44 hari. Kalau mampu berpantang sehingga 100 hari itu lebih bagus.
Namun dalam zaman serba moden dan canggih yang mampu menghasilkan pelbagai produk dan alatan kesihatan, kami lihat ramai wanita kurang mengambil berat soal berpantang.
Malah, dapat dilihat golongan artis yang sedang berpantang juga semakin berani keluar berjalan-jalan sedangkan mereka masih dalam tempoh berkenaan.
Walaupun banyak nasihat diberikan peminat, ada yang menerima dengan baik ada juga yang seperti tidak suka dan menuduh peminat menyibuk hal mereka.
Pada kami, perkara ini tidak boleh diambil mudah, mungkin sekarang mereka tidak merasa kesannya, tetapi apabila sudah berusia 50 atau 60 tahun barulah badan menjadi lemah dan sengal-sengal badan.
Ini menurut pandangan dan kajian yang kami sendiri baca. Namun, ketika ini ada wanita yang baru setahun melahirkan anak sudah mula merasai keadaan tidak sedap badan kesan tidak menjaga pantang.
Terbaru, kami lihat isteri kepada seorang artis yang masih berpantang sudah berani keluar malam.
Bukanlah niat kami hendak menyibuk, tetapi kalau sayang suami seharusnya badan dijaga dengan baik, bak kata orang tua badan hendak pakai lama.
Sakit luaran boleh ubat kalau dalaman berhabis ratusan ribu ringgit jika penyakit tidak mahu sembuh sia-sia saja. Jangan kerana sayang suami tengah berpantang pun sanggup ikut dia keluar malam, sudahnya nanti diri sendiri yang rugi.
P/S: Ada orang belum habis pantang sudah gila minum ais.
0 comments :
Post a Comment