Demi menjayakan watak dalam lakonan, SS faham kalau pelakon terpaksa melakukan aksi yang mungkin boleh jadi isu namun apakan daya semua itu untuk memenuhi jiwa cerita itu.
Namun yang SS tak faham, dengarnya ada seorang pelakon wanita ini terlampau mahu menjiwai watak sehingga membawa pasangannya dalam cerita berkenaan hingga ke kamar tidur.
Memang SS terkejut kerana dengarnya pelakon berkenaan seakan-akan tidak malu melakukan perbuatan itu depan rakan serumahnya. Dengarnya, dia malah tiada timbul sekelumit rasa bersalah pun.
Patutlah apabila SS sesekali menonton drama berkenaan, menjadi betul keserasian antara dua pelakon berkenaan dan tidak dinafikan memang itulah kekuatan yang dibawakan drama berkenaan.
Bagaimanapun, SS tidak sangka pula di sebalik keserasian itu rupanya tersembunyi sebuah rahsia yang nampaknya menjadi resipi kejayaan mereka di depan tabir.
Khabarnya lagi, pelakon berkenaan dengan bangganya membawa masuk pasangannya itu tanpa memaklumkan apa-apa pun kepada rakan serumah. Sudah tu, bukan sekejap, dengarnya lama juga mereka berada dalam bilik berkenaan.
Sumber SS berkata rakan serumahnya itu tidaklah mahu menyangka yang bukan-bukan, namun kalau sudah berada lama dalam bilik sambil pintunya ditutup, SS pun tak tahulah nak cakap apa lagi. Harap-harapnya tidak!
SS: Lebih suka lepak di bawah pondok, tepi bendang. -hmetro
0 comments :
Post a Comment