Monday, January 5, 2015

Restoran Jadi Sarang Pelac*ran Warga Asing Diserbu Polis


SERDANG: Sebuah restoran yang dijadikan tempat pelacuran diserbu polis selepas mendapat laporan daripada orang-ramai. 

Hasil serbuan ini, polis berjaya menahan 17 pelacur yang sedang ligat mencari pelanggan di sebuah pusat hiburan 2 dalam 1 ini. 

Restoran Jadi Tempat Pelacuran 

Serbuan Bahagian Maksiat D7 IPK Selangor ini diketuai oleh ASP Mohd Yuzir Othman digerakkan hasil intipan seminggu. Pub yang turut menyediakan 11 bilik disyaki untuk kegiatan seks yang terletak di sebelah premis membongkar kegiatan persundalan itu. 

Hasil semakan, kesemua pelacur berusia 20an itu didapati salah guna pas lawatan sosial. 

2 pasangan yang sedang melakukan seks turut ditahan. Manakala 2 ibu ayam ditangkap bagi membantu siasatan. Risikan harga pakej seks ditawarkan sekitar 150 ringgit. 

Pusat hiburan ini hanya memiliki lesen restoran dan kesemua tangkapan dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.-mklcrimedesk

0 comments :

Post a Comment