Artis yang seorang ini agaknya dah jadi hobinya suka 'singkap' dalam kain orang sedangkan tepi kain sendiri terkoyak dia tak sedar.
Baru-baru ini, dua artis ini sudah bertembung di gimnasium dan rakan SS yang turut menjadi ahli di kelab itu asyik memerhatian gelagat mereka berdua. Menurut pemerhatian rakan, apabila artis A ternampak artis B masuk ke pusat penjagaan kesihatan itu, dia terus berlalu dari situ dan meneruskan senamannya di bilik lain kerana selama ini pun hubungan mereka ibarat api dalam sekam.
Gimnasium itu memang khusus untuk wanita dan artis A yang bertudung ketika mahu bersenam sudah membuka tudungnya. Lagipun daripada ahli sehinggalah jurulatih, semuanya adalah wanita. Malah, kalau ada yang terasa segan nak bersenam di tempat terbuka dengan ahli-ahli lain, bilik khas disediakan.
Bagaimanapun artis B memang jenis 'gatal mulut' apabila sesuka hati dia menuduh artis A pakai tudung 'macam biskut' iaitu sekejap pakai, sekejap tak pakai. Sepatutnya artis B mencari jalan untuk berdamai dengan artis A, bukannya terus mencari pasal. Jika artis B memang dah tak mahu berbaik-baik langsung dengan artis A pun, usahlah pedulikan artis Anak buat apa pun. Suka dialah. Ini tidak, dengan semua orang artis B nak 'cari gaduh'.
0 comments :
Post a Comment