Wednesday, January 14, 2015

Pengurus nafsu songsang cabul, raba pelakon wanita sedang tidur

gambar hiasan


Sebelum ini SS tengok artis wanita ini gemar benar memuji pengurusnya

di mana saja termasuk di laman sosial yang disifatkannya seorang pengurus 
yang cekap dan berjaya menguruskan kerjayanya dengan baik.

Bagaimanapun, itu dulu kerana hubungan mereka kini ibarat berpatah 
arang berkerat rotan. Semuanya berpunca daripada satu peristiwa 
mengaibkan yang dilakukan oleh pengurus itu terhadap artis ini.

Menurut sumber, rupa-rupanya pengurus wanita itu bukan saja menjaga 
kerjaya artisnya tetapi turut mengambil kesempatan 'mencabul' artis ini 
ketika sedang tidur. Itulah gosip sensasi yang begitu mengejutkan SS.

Khabarnya selepas agak lama menguruskan artis ini, barulah belang 
sebenar pengurus ini terlihat apabila dia meraba anggota tubuh artis 
berkenaan. Walaupun pengurus itu wanita yang sudah berkahwin,
rupa-rupanya dia berperangai songsang atau dipanggil lesbian.

Artis ini baru perasan, patutlah selama ini apabila ada lelaki nak rapat 
dengannya, pengurus ini segera masuk campur bagi menjarakkan mereka. 

Bahkan dia sanggup pula mereka cerita dengan niat memburukkan semua 
lelaki di mata artisnya. Malah apabila ada lelaki serius nak ajak berkahwin,
dia pula yang cukup sibuk menolak dan memberikan pelbagai alasan bagi 
pihak artis ini.

Kesan daripada apa yang berlaku, artis terbabit kecewa sehinggakan 
pernah terfikir nak buat laporan kepada pihak berkuasa tetapi hasrat itu 
dibatalkan atas permintaan suami pengurusnya itu.Artis itu juga baru 
mendapat tahu bahawa pengurus itu juga rupa-rupanya suka menipu duit 
orang.

SS harap apa yang berlaku jadi pengajaran kepada artis itu agar lebih 
berhati-hati. Sebab itu SS lihat, ada artis yang lebih selesai menguruskan 
kerjayanya sendiri daripada mengambil pengurus yang belum pasti latar 
belakangnya.

0 comments :

Post a Comment